-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

Perancangan di Malaysia adalah proses interaktif antara UPE dan pihak berkepentingan, termasuklah kementerian dan agensi, kerajaan negeri, ahli akademik, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Di samping itu, input daripada pihak agensi antarabangsa turut diambil kira. Penetapan sasaran makro dan sektoral akan dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat Kumpulan Perancang Antara Agensi (IAPG) yang mana UPE merupakan urusetia. Proses perancangan dilaksanakan melalui kaedah “atas ke bawah” (top down) dan “bawah ke atas” (bottom up) bertujuan untuk memastikan dasar dan strategi negara direalisasikan melalui pengoptimuman sumber dan pembangunan antara wilayah dapat diintegrasikan sepenuhnya dengan teras pembangunan negara.

Parlimen merupakan peringkat tertinggi dalam perancangan pembangunan negara. Sebelum rancangan dibentangkan di Parlimen, ianya terlebih dahulu dibincang di peringkat Jawatankuasa Kabinet dan Jawatankuasa Khas Perdana Menteri. Manakala Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara pula, merupakan badan tertinggi di peringkat pegawai Kerajaan dalam pembentukan dan penyelarasan dasar yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.


Development Planning Process and Machinery