-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Di dalam menjalankan tugas harian pada masa kini, sebarang keputusan yang akan dilakukan adalah berasaskan sumber maklumat yang tepat, diperolehi dengan cepat dan pantas. Justeru, dalam era ledakan teknologi ini, penyampaian maklumat kepada masyarakat perlu mengikut keadaan dan keperluan semasa. Di sinilah laman web dan platform media sosial lain memainkan peranan penting sebagai satu medium untuk membekalkan penggunanya dengan maklumat yang diperlukan secara tepat dan cepat.

Laman web UPE kini sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan memaparkan input-input terkini bagi membantu keperluan pengguna mendapatkan maklumat semasa.  Selain sentiasa dikemaskinikan, kualiti kandungan laman web ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.  Di harap laman web ini dapat menjadi bahan rujukan yang berguna dan memberi manfaat kepada semua pengunjung. Saya menaruh harapan agar laman web ini dapat digunakan sebaiknya demi kepentingan orang ramai, dan seterusnya membolehkan kita bersama-sama menjayakan matlamat Kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat bermaklumat. Selamat Melayari Laman Web Unit Perancang Ekonomi.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Minister in the Prime Minister's Department