-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

bullet Sejarah Program Penswastaan

image Dasar penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Ia melambangkan pendekatan baru dalam dasar pembangunan negara dan ia melengkapkan dasar negara yang lain seperti dasar Penswastaan Malaysia, yang dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas pertambahan peranan sektor swasta di dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

 

Pendekatan ini ialah untuk memudahkan perkembangan ekononomi negara, mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan, mengurangkan campur tangan Kerajaan di dalam ekonomi, merendahkan tahap dan skop perbelanjaan awam dan membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan memperbaiki keberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara. Berkenaan dengan pemilikan kekayaan, dasar penswastaan membentuk bahagian strategi Kerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif Bumiputera dalam sektor korporat untuk memperbetulkan ketakseimbangan di dalam penyertaan sektor korporat. Entiti yang diswastakan patut memperuntukkan 30% dari ekuitinya kepada Bumiputera. Penyertaan warga asing di dalam entiti yang diswastakan terhad kepada maksimum 25% dari saham modalnya.

divider

bullet Perlaksanaan

Dalam melaksanakan dasar ini, Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan dari masa ke semasa untuk menerangkan kepada orang awam tujuan dan kandungan dasar dan juga untuk memastikan orang awam dimaklumkan. Untuk memastikan usaha penswastaan disalurkan kepada bahagian keutamaan yang bersesuaian untuk mengoptimumkan impak perlaksanaan dasar dalam bentuk pencapaian objektif-objektif dasar, Kerajaan telah menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia (PMP) pada tahun 1991 diikuti dengan Garis Panduan Penswastaan. Pelan Induk menerangkan perlaksanaan dasar dan juga pencapaian kemajuan dan mengemukakan arah masa depan program itu.

 

Garis Panduan Penswastaan menerangkan secara terperinci, di antara butir-butir lain, objektif dasar, kaedah yang digunakan dan jentera perlaksanaannya. Beberapa kemajuan telah dihasilkan semenjak dasar itu pertama kali diumumkan. Beberapa perubahan penting telah diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk pindaan pelbagai undang-undang bagi membolehkan penswastaan berlaku dan memulakan kajian untuk membantu melakarkan Pelan Induk penswastaan.

Penswastaan boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah seperti berikut:

  • Jualan
  • Pajakan
  • Kontrak Pengurusan
  • Bina
  • Bina-Kendali-Serah (BOT)
  • Bina-Kendali-Milik
  • Bina-Kendali
  • Bina-Pajak-Serah
  • Pembangunan Tanah/ Pertukaran Tanah

bullet Pembelian Hak Milik Pengurusan

Samada kaedah tunggal atau kombinasi kaedah-kaedah boleh dipilih bergantung kepada merit setiap kes. Pemilihan kaedah akan dipertimbangkan bagi setiap kes. Walau bagaimanapun, sebagai peraturan am, kaedah yang menghasilkan darjah yang boleh dipraktikkan secara maksimum akan disasarkan. Secara perbandingan, kaedah jualan itu dijangka dapat memenuhi kehendak kriteria ini. Tambahan lagi, kaedah yang akan digunakan, akan memperlihatkan keperluan objektif negara dan kekangan di dalam setiap kes. Demi memudahkan perlaksanaan program penswastaan, Kerajaan telah meminda beberapa undang-undang seperti Akta Pencen 1980, Akta Telekomunikasi 1950, Akta Pelabuhan 1963 dan Akta Tenaga Elektrik 1949.

divider

bullet Pencapaian

Terdapat 474 buah projek yang diswastakan sehingga 31 Disember 2003 dipaparkan dalam carta berikut yang menunjukkan peratusan mengikut pembahagian sektor.

Pembahagian Projek Penswastaan Mengikut Sektor
1983 - 2003 (% dari Jumlah)