-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

PENDAHULUAN

Tujuan Garis Panduan

Tujuan Garis Panduan ini disediakan adalah untuk menerangkan secara terperinci tentang kaedah pelaksanaan Pekeliling UPE Bil.1 Tahun 2015. Garis Panduan ini menggantikan garis panduan terdahulu yang dikenali sebagai Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan oleh Jawatankuasa Standard dan Kos (JSK) Edisi Tahun 2008.

Selain itu, Garis Panduan ini juga perlu dipatuhi oleh semua Agensi Pelaksana/Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun yang memohon projek-projek bangunan dan infrastruktur Kerajaan :

  • untuk menetapkan norma keluasan ruang dan kelayakan semasa proses Pengurusan Nilai bagi projek-projek bernilai RM50.0 juta dan ke atas;
  • semasa proses mendapatkan kelulusan JSK bagi projek-projek bernilai RM 5.0 juta hingga RM50.0 juta;
  • untuk kerja-kerja pengubahsuaian kepada bangunan yang sedia ada atau bangunan swasta yang disewa yang nilai kerja ubahsuainya melebihi RM1.0 juta; dan
  • untuk projek-projek bernilai kurang daripada RM5.0 juta yang perlu mematuhi garis panduan ini tetapi tidak perlu mengemukakan permohonan untuk kelulusan.
  • untuk memberi penjelasan tentang kriteria dan piawaian umum dalam mereka bentuk bangunan dan infrastruktur Kerajaan supaya dirancang dan dilaksanakan dengan penggunaan kos yang berkesan, tanpa menjejaskan keperluan fungsinya - (cost effective and functional).

Skop

  • Garis Panduan ini dibahagikan kepada beberapa bab yang menyentuh aspek-aspek berikut:
    • perancangan sesuatu bangunan Kerajaan dengan berdasarkan kepada norma keluasan ruang lantai (floor space norms);
    • penggunaan bahan binaan dan kemasan yang telah ditetapkan, berdasarkan kepada kategori bangunan mengikut kepentingan, fungsi dan implikasi kewangannya;
    • keperluan kerja-kerja mekanikal, elektrik serta teknologi  maklumat  dan komunikasi (ICT);
    • kerja-kerja luar bangunan (external works);
    • kerja-kerja sivil (civil works);
    • keperluan akses untuk OKU di dalam bangunan.
    • kecekapan penggunaan tenaga; dan
    • penggunaan IBS.
  • Garis Panduan ini disediakan dengan mengambil  kira  jenis    bangunan    dan infrastruktur secara umum (generic) untuk memudahkan penggunaannya secara menyeluruh dan merangkumi apa juga jenis projek bangunan.
  • Garis Panduan ini disediakan supaya dapat saling digunapakai untuk satu kategori bangunan/infrastruktur dengan kategori bangunan/infrastruktur yang lain di dalam projek yang sama.

Objektif

Objektif utama dalam penubuhan Jawatankuasa Standard dan Kos di UPE ialah :

  • Untuk menilai dan menganalisa skop dan bahan dan kemasan bangunan, mekanikal dan sistem elektrikal supaya projek menjadi cekap dan menjimatkan.

 Skop kerja Standard dan Kos (SCC)

  • Dibina sewajarnya, harga berpatutan dan boleh dijustifikasikan untuk penggunaan wang rakyat.
  • Menilai dan mengkaji semula garis panduan yang digunakan dari semasa ke semasa berasaskan piawaian rekabentuk, kemajuan teknologi dan keadaan ekonomi semasa.
  • Mengaudit projek dalam pembinaan atau selesai secara rambang.
  • Mengkaji, menilai dan mengesahkan permohonan projek pembangunan
  • Mengkaji dan memberi kebenaran kepada pelanggan untuk permohonan sewaan ruang pejabat.

Prosedur Penyerahan Projek

Prosedur ini memerlukan satu peringkat penyerahan. Pelanggan yang merangkumi kementerian dan jabatan perlu memastikan bahawa skop projek telah dipersetujui/diluluskan oleh bahagian yang berkaitan dalam Unit Perancang Ekonomi sebelum dihantar ke SCC untuk diproses.Maklumat di bawah akan diserahkan kepada SCC untuk memproses mana-mana projek-projek pembinaan :

  • Peruntukan projek yang diluluskan.
  • Saiz penggunaan tanah.
  • Bilangan kakitangan (kategori jawatan) atau pengguna yang ditempatkan di dalam bangunan.
  • Jadual penginapan ( SOA)
  • Ruang untuk hawa dingin.
  • Senarai bahan dan kemasan untuk bangunan-bangunan.
  • Anggaran kos permulaan (PDA) untuk dilakukan perunding yang diakui/pegawai-pegawai.
  • Gambaran susun atur dan senibina.

Keahlian Jawatankuasa Standard dan Kos

Jawatankuasa ini menguruskan isu-isu berkaitan dengan kepentingan nasional dan isu-isu dimana SCC memerlukan penjelasan lebih lanjut atau justifikasi dari kementerian diatas perojek yang dicadangkan. Ia memenuhi jadual yang dijadualkan untuk membincangkan masalah-masalah dan keperluan lain di dalam garis panduan SCC.

Komposisi adalah seperti dibawah :

1. Ketua Pengarah UPE - EPU, JPM  Pengerusi
2. Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi - JPA Ahli
3. Pengarah Cawangan Arkitek - JKR  Ahli
4. Pengarah Bahagian Pengurusan Belanjawan  - Kem. Kew.   Ahli
5. Pengarah Bahagian Infrastruktur - ICU, JPM  Ahli
6. Ketua Penolong Setiausaha Teknikal  - Kem. Kew Ahli
7. Pengarah Seksyen Bajet Pembangunan - EPU, JPM   Ahli
8. Pengarah Standard dan Kos - EPU, JPM Urusetia

 

 

Bil. Tajuk Dokumen
1 Surat Pekeliling Am Bil.4 Tahun 2005 Muat Turun
2 Surat Pekeliling Am Bil.4 Tahun 2005 - DIBATALKAN
3 Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 2007 Muat Turun
4 Buku Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Oleh Jawatankuasa Standard Dan Kos Tahun 2015 Muat Turun, Muat Turun