-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

Perancangan pembangunan di Malaysia mempunyai tiga peringkat yang meliputi jangka panjang, sederhana dan pendek seperti berikut :

bullet Perancangan Jangka Panjang

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) menetapkan teras dan strategi yang menyeluruh untuk mencapai sasaran di bawah agenda pembangunan negara dalam jangkamasa panjang.

bulletPerancangan Jangka Sederhana

  • Rancangan pembangunan lima tahun, seperti Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020)
  • Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan pembangunan lima tahun

Rancangan jangka sederhana meliputi lima tahun berdasarkan rangka kerja yang ditetapkan oleh RRJP. Ia merupakan dokumen utama untuk pelaksanaan program pembangunan Kerajaan. Rancangan pembangunan lima tahun menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi dan juga siling peruntukan untuk program pembangunan sektor awam. Di samping itu, ia juga menggariskan peranan sektor swasta.

 

Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan lima tahun dilaksanakan di pertengahan tempoh lima tahun. KSP bertujuan untuk menyemak semula prestasi pencapaian rancangan dasar ekonomi makro dan sektoral serta membuat pelarasan semula strategi bagi mencapai semakan sasaran baru. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kaedah 2 tahun rolling plan diperkenalkan bagi membolehkan keutamaan program dan projek disemak berdasarkan keupayaan kewangan semasa agar lebih efektif.

bulletPerancangan Jangka Pendek

  • Bajet Tahunan

Perancangan jangka pendek merupakan Bajet Tahunan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan. Dasar dan strategi pelaksanaan tahunan adalah selari dengan perancangan jangka sederhana dan panjang. Penyediaan bajet tahunan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta dan badan bukan kerajaan melalui dialog bajet. Peruntukan pembangunan tahunan disedia berdasarkan senarai program dan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah 2 tahun rolling plan.