Carta Organisasi:
Bahagian Penyelarasan, Kawalan & Pemantauan

Hubungi Kami:
Bahagian Penyelarasan, Kawalan & Pemantauan,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 2, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725379
Faks : 03-88882999

UNIT AGENSI 

  • Merangka dan melaksanakan dasar serta hala tuju strategik terhadap pengurusan agensi di bawah UPE.
  • Memantau tadbir urus dan melaporkan prestasi kewangan agensi-agensi di bawah UPE;
  • Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan serta mendapatkan ulasan agensi pusat untuk pembentangan di Kabinet/Parlimen selaras dengan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240);
  • Membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Mesyuarat Pegawai Kewangan Negeri dan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara selaras dengan Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962 [Akta 380];
  • Memproses, menganalisa dan mendapatkan keputusan ke atas permohonan agensi-agensi di bawah UPE selaras dengan akta yang berkaitan bagi permohonan pinjaman, pelaburan, penubuhan anak syarikat, pelupusan aset dan pengisytiharan bonus atau dividen;
  • Menyelaras, memperakukan dan mendapatkan keputusan ke atas perkara-perkara berhubung badan berkanun atau agensi bagi permohonan pindaan ke atas akta tubuh badan berkanun atau M&A agensi, penstrukturan semula organisasi dan penggabungan, pembubaran atau perwujudan badan berkanun atau agensi baharu;
  • Memproses dan mendapatkan keputusan ke atas permohonan perlanjutan tempoh mengemukakan Penyata Kewangan tahunan badan berkanun kepada Jabatan Audit Negara;
  • Menguruskan pencalonan, pelantikan dan penamatan ahli lembaga pengarah atau lembaga pemegang amanah agensi; dan
  • Menjalankan fungsi sebagai Tribunal Rayuan Persaingan Gas.

UNIT KEURUSETIAAN

  • Menyelaras urusan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) bagi YB Menteri/YB Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di peringkat UPE;
  • Menyelaras urusan maklum balas bagi Mesyuarat Jemaah Menteri di peringkat UPE dan Cabutan Minit Mesyuarat Jemaah Menteri;
  • Menyelaras urusan maklum balas bagi mesyuarat peringkat atasan (KSUKP, MBKM, JKTN, Majlis Pembangunan Negara) di peringkat UPE.
  • Urus setia Mesyuarat Pasca Kabinet bersama YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi (mingguan);
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN);
  • Urus setia Mesyuarat Dasar UPE; dan
  • Menyelaras urusan berkaitan pentadbiran dan korporat bahagian.