Carta Organisasi:
Unit Integriti

Hubungi Kami:
Unit Integriti,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras -2, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725884

Fungsi Unit Integriti

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  • Tadbir Urus
    Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
  • Pengukuhan Integriti
    Untuk menyemai, menginstitusikan dan membudayakan integriti dalam organisasi;
  • Pengesanan dan Pengesahan
    1. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku sertapelanggaran tatakelakuan serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
    2. Melaporkan perlakuan jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab; 
  • Pengurusan Aduan
    Menerima dan menguruskan semua aduan mengenai salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dalam organisasi;
  • Pematuhan
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  • Tatatertib
    Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib
  • Mengesan dan mengambil tindakan ke atas sebarang aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh laporan awal diterima.
  • Kes tatatertib biasa diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh wujud kes prima facie
  • Maklumat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.