Carta Organisasi:
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam

Hubungi Kami:
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras -2, Setia Perdana 6, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725550
Faks : 03-88894533

Latar Belakang

  • Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam (BKKA) ditubuhkan pada 26 Jun 2007 selaras dengan keputusan Penjenamaan semula UPE
  • Punca Kuasa :
    • Pekeliling Am Penyediaan Rancangan Malaysia Ke -9.
    • Arahan Kabinet untuk melaksanakan projek tertentu (dari masa ke semasa).
    • Perkeliling am Bil. 2 Tahun 1990. Jawatankuasa Kecil Piawaian Dan Kos Bagi Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (JPPN).
    • Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996; dan
    • Pekeliling dan Surat Perkeliling Perbendaharaan dan Perkhidmatan dan Arahan Pentadbiran.

Objektif

  • Merancang dan merangka dasar strategi, polisi, program dan projek pembangunan sektor keselamatan dan sektor pentadbiran am
  • Menyemak dan menyediakan peruntukan pembangunan bagi program / projek sektor keselamatan dan sektor pentadbiran am dalam tempoh rancangan Malaysia.
  • Memantau kemajuan dan mengkaji isu berbangkit semasa pelaksanaan program dan projek serta mengenal pasti penambahbaikan strategi / program / projek sedia ada.

Fungsi Utama

  • Merancang, menyelaras, mengawal dan merangka dasar belanjawan untuk pembangunan sektor keselamatan.
  • Merangka dasar perancangan sektoral dan pembangunan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Dan Kajian Separuh Penggal untuk pembangunan sektor keselamatan.
  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sektor keselamatan untuk kelulusan Kabinet dan Parlimen bagi pembangunan keselamatan.
  • Menyelaras program pembangunan dan pemeriksaan belanjawan untuk agensi di bawah sektor keselamatan.

Pelanggan

Secara langsung

  • Jemaah Menteri
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Dalam Negeri
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Secara tidak langsung

  • Orang Awam
  • Syarikat Swasta

Kami berjanji akan memastikan pengagihan sumber negara dengan optimum mengikut keutamaan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan agar mencapai matlamat pembangunan seimbang dan bermakna dengan merumus polisi dan strategi yang berkesan. Kami berjanji akan memastikan perancangan yang sewajarnya dalam pembangunan sektor keselamatan negara dilaksanakan secara profesional bagi mencapai status negara maju selaras Wawasan 2020.

  • Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dalam bidang pengkhususan kami selaras dengan budaya kerja cemerlang yang menjadi amalan dan pegangan kami dalam penyediaan;
  • Rancangan Pembangunan Lima Tahun untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk jangka masa lima tahun;
  • Kajian Separuh Penggal untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk jangka masa lima tahun dan
  • Kami akan memberikan perkhidmatan yang cekap, bantuan dan panduan kepada Kementerian, Agensi dan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan lain-lain pihak berkenaan dalam menyelaras dan memantau kajian yang dilaksanakan.
Dalam melaksanakan tugas tersebut, kami bersedia menerima cadangan dan teguran daripada pelanggan.