Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan Ekuiti

Hubungi Kami:
Bahagian Pembangunan Ekuiti,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 5, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725338
Faks: 03-88882790

Lima Fungsi Umum

  • PENGGUBALAN DASAR, STRATEGI DAN PROGRAM. Isi Rumah Berpendapatan 40% Terendah dan Agenda Pembangunan Bumiputera.
    • Mengkaji semula keberkesanan dasar, strategi dan program sedia ada;
    • Merangka/ menggubal strategi dan program baru yang lebih efektif dan relevan mengikut masa; dan
    • Memantau keberkesanan pelaksanaan strategi dan program bagi mencapai sasaran strategik  bagi pembangunan sosio-ekonomi kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah - Bottom 40% (B40) dan Agenda Pembangunan Bumiputera.
  • KAJIAN. Mengkaji dan menganalisis isu serta mengemukakan cadangan dasar strategi dan program bagi menangani isu berhubung dengan Bottom 40% dan Agenda Pembangunan Bumiputera.
  • PEMBANGUNAN KAPASITI. Pembangunan "Multidimensional Poverty Model"
    • Latihan dan pembangunan kemahiran melalui kursus dan program pendedahan;
    • Menilai/mengenalpasti keperluan dan mengkaji "gap" maklumat dan perangkaan bagi pembangunan model/indeks; dan
    • Merangka model/indeks pengukuran multidimensional poverty.
  • PEMBANGUNAN DATA.  Pengumpulan, penyusunan,  analisis dan penyebaran (dissemination) data/ maklumat bagi B40 dan pembangunan Bumiputera.
    • Metrik penyertaan Bumiputera (pendidikan latihan/ pendapatan/ ekuiti/ guna tenaga)
    • Bumiputera berwibawa / berpotensi;
    • Guna tenaga (profesional, skill, high paid job, sector, occupation);
    • B40 dan agihan pendapatan (kemiskinan, income, socio demographic profiling);
    • Hartanah (bangunan dan tanah); dan
    • Lain-lain yang akan dikenalpasti.
  • AKTIVITI KAWAL SELIA SEKTOR. Menimbang cadangan:
    • pelupusan hartanah kepentingan Bumiputera dan/agensi Kerajaan bernilai RM20 juta dan ke atas rayuan; dan
    • berkaitan ketetapan garis panduan.

 

Senarai Tugas

Penyertaan Bumiputera

  • Merangka dasar dan strategi bagi mencapai matlamat penyusunan semula hak milik,  dan guna tenaga dalam konteks dasar pengagihan negara;
  • Mengumpul data/maklumat mengenai hak milik dan guna tenaga mengikut kumpulan etnik, sektor ekonomi dan kategori pekerjaan;
  • Mengemaskini metodologi dalam pengiraan anggaran pemilikan modal saham sektor korporat dan guna tenaga mengikut sektor, pekerjaan dan kumpulan etnik;
  • Menganalisis ketidakseimbangan yang wujud dalam pemilikan & penguasaan sektor korporat & bukan korporat dan penyertaan dalam guna tenaga;
  • Memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan dasar dan strategi penyusunan semula masyarakat serta membangunkan pangkalan data mengenai penyertaan Bumiputera dalam ekonomi;
  • Mengemukakan cadangan bagi membantu pencapaian matlamat keseimbangan dalam pemilikan dan penyertaan dalam ekonomi;
  • Merancang dasar pembangunan tanah wakaf, zakat dan baitulmal selaras dengan matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat;
  • Menyediakan laporan berkala mengenai kemajuan penyertaan Bumiputera secara berkala untuk makluman pengurusan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

Kawal Selia Sektor

  • Menimbang cadangan pelupusan hartanah kepentingan Bumiputera dan / agensi Kerajaan bernilai RM20 juta dan ke atas
  • Menyelaras dan menyedia kertas dasar ke atas isu-isu seperti peranan pengawal selia sektor dan mengemaskini garis panduan dari semasa ke semasa
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan Garis Panduan Perolehan Hartanah (garis panduan) yang diterima dan menimbang rayuan berkaitan ketetapan garis panduan.

Pembangunan Usahawan

  • Menyelaras siling dan memantau pelaksanaan program / projek RMKe-11 bagi sektor usahawan
  • Melaksanakan program dan projek yang melibatkan agensi Kerajaan, Perbadanan Kemajuan Ekonomi  Negeri (SEDCs) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs)
  • Menjalankan kajian dasar dan kajian keberkesanan untuk menambahbaik program / projek Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
  • Merangka dan merancang dasar dan strategi yang dapat mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian
  • Memantau dan mengawal serta menilai keberkesanan pelaksanaan strategi inisiatif bagi MPPB yang melibatkan agensi-agensi Kerajaan
  • Menguatkuasakan pelaksanaan program-program MPPB oleh kementerian/agensi termasuk syarikat berkaitan Kerajaan yang dikenal pasti bagi memastikan pelaksanaannya berkesan dan mencapai matlamat/impak
  • Menjadi platform interaksi dan fasilitator antara sektor awam dan swasta dalam menjayakan agenda MPPB
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh YB  Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari semasa ke semasa. 

Pembangunan Inklusif

  • Merangka dasar, strategi dan program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan;
  • Mengumpul, menganalisis data/maklumat mengenai pembasmian kemiskinan & agihan pendapatan di kalangan semua kumpulan etnik;
  • Menganalisis trend  serta kedudukan kemiskinan dan ketidakseimbangan  pendapatan dan unjuran jangka pendek dan jangka panjang yang dibuat menggunakan model ekonomi yang dibangunkan selaras dengan matlamat dan sasaran kemiskinan;
  • Menyelaras dan menyelia pelaksanaan kajian-kajian mengenai kemiskinan dan agihan pendapatan;
  • Menyelaras dan mengemaskini metodologi pengiraan pendapatan garis kemiskinan dan pengukuran kemiskinan;
  • Membangunkan pangkalan maklumat kemiskinan dan agihan pendapatan berasaskan banci, kajian dan penyiasatan-penyiasatan khas;
  • Menyelaras dan membantu keperluan aliran maklumat kepada agensi-agensi lain sama ada sektor awam mahupun swasta;
  • Memantau dan mengawasi pelaksanaan projek kemiskinan;
  • Menilai keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan;
  • Mengemukakan cadangan dan syor mempertingkatkan keberkesanan program pembasmian kemiskinan di bandar dan luar bandar serta agihan pendapatan;
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Y.B. Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari semasa ke semasa.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan professional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:-

  • Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Rolling Plan mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan.
  • Memastikan penggubalan dasar dan strategi pembangunan inklusif dan penyertaan bumiputera akan memberi perhatian utama kepada golongan yang ketinggalan.
  • Memastikan penggubalan dasar dan strategi tidak akan menjejaskan keistimewaan golongan-golongan tertentu seperti mana tertaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Memastikan penyediaan rangka dasar dan strategi yang berkesan untuk mencapai aspirasi Kerajaan serta memenuhi keperluan masyarakat dan kumpulan sasaran.
  • Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu.
  • Menyediakan maklum balas kepada Keputusan Jemaah Menteri/Menteri/Exco MTEN dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan; dan
  • Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan Bahagian Pembangunan Ekuiti dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan-santun.

Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.