Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan Modal Insan

Hubungi Kami:
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 3, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725311
Faks : 03-88883857

Objektif

Menentukan kualiti modal insan selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi negara

Fungsi

  • Mengenal pasti dan menganalisis isu-isu berkaitan pembangunan modal insan dan pasaran buruh serta mengemukakan cadangan untuk menanganinya;
  • Menggubal dasar dan strategi pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan sistem penyampaian menyediakan modal insan berkelayakan tinggi yang mencukupi bagi memastikan kemampanan pertumbuhan dan daya saing ekonomi;
  • Menyediakan unjuran kependudukan dan tenaga buruh serta guna tenaga mengikut sektor ekonomi, kumpulan pekerjaan utama dan pekerjaan terpilih bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang;
  • Menggubal dasar dan strategi kependudukan, tenaga buruh, guna tenaga dan pasaran buruh untuk meningkatkan penggunaan tenaga kerja tempatan dan memastikan keberkesanan dan kecekapan fungsi pasaran buruh;
  • Menilai dan menyediakan peruntukan pembangunan untuk program dan projek pendidikan dan latihan serta memantau pelaksanaannya;
  • Menilai impak program dan projek pembangunan modal insan; dan
  • To act as the secretariat to the national advisory council on education and training.

Carta Fungsi Bahagian Pembangunan Modal Insan
Pendidikan Sekolah, Pendidikan Tinggi, Latihan, Pembelajaran Sepanjang Hayat

  • Merancang dan menggubal dasar serta strategi mengenai pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat
  • Menyedia kertas-kertas dasar mengenai pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat
  • Mengumpul data/maklumat mengenai pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat seperti pengambilan, enrolmen, output pelajar, kemudahan pendidikan, tenaga pengajar dan sebagainya
  • Menentukan keutamaan projek dan menyediakan peruntukan termasuk pindaan program/projek dan peruntukan
  • Membuat penilaian dan analisis impak ke atas projek dan program pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat
  • Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan tahunan dan rancangan lima tahun
  • Menyelaras & menyertai aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan di peringkat antarabangsa seperti APEC & ASEAN.

Kependudukan, Tenaga Buruh & Guna Tenaga

  • Merancang dan menggubal dasar dan strategi kependudukan, tenaga buruh dan guna tenaga
  • Membangun pangkalan data mengenai struktur kependudukan, tenaga buruh dan guna tenaga mengikut sektor ekonomi
  • Menyediakan unjuran penduduk, tenaga buruh dan guna tenaga mengikut sektor ekonomi
  • Mengkaji dan menilai internal migration pattern
  • Mengkaji dan menganalisis struktur demografi penduduk serta menilai implikasinya terhadap tenaga buruh negara
  • Menilai impak projek dan program berkaitan kependudukan terhadap struktur demografi negara
  • Menilai dasar dan strategi berkaitan dengan pengambilan pekerja asing serta kesannya terhadap struktur demografi negara
  • Memantau program meningkatkan penyertaan wanita, belia, orang tua dan orang kurang upaya ke dalam pasaran buruh

Pasaran Buruh

  • Merancang dan menggubal dasar dan strategi pasaran buruh
  • Membangun pangkalan data mengenai guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama dan pekerjaan terpilih serta upah dan produktiviti
  • Mengumpul, mengemaskini dan menganalisis petunjuk utama maklumat pasaran buruh
  • Mengkaji keperluan jenis-jenis pekerjaan baru
  • Menyediakan unjuran guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama dan pekerjaan terpilih
  • Memantau strategi dan program berkaitan pasaran buruh
  • Membangun pangkalan data sebagai petunjuk pembangunan modal insan peringkat antarabangsa seperti OECD, ASEAN, APEC

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan professional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut :

  • Melaksanakan tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual serta secara professional, cekap berkualiti dan berkesan;
  • Menggubal dan menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan sumber manusia untuk tempoh jangka pendek, pertengahan dan panjang bagi mengoptimumkan penggunaan sumber manusia;
  • Menyedia dan membekalkan unjuran guna tenaga mengikut sektor dan pekerjaan di peringkat satu digit dalam tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh penerimaan data terkini dan unjuran KDNK dari agensi yang memohon;
  • Menyedia dan membekal unjuran penduduk mengikut etnik utama dan struktur umur untuk tujuan perancangan dalam tempoh masa yang ditetapkan;
  • Menyedia maklumat suku tahunan kadar pengangguran dan maklumat bulanan trend produktiviti dan upah bagi sektor pembuatan serta maklumat mingguan pemberhentian pekerja, kekosongan jawatan dan pendaftar baru dalam tempoh masa yang ditetapkan;
  • Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
  • Memainkan peranan sebagai focal point dalam menyelaras tindakan dan penglibatan Malaysia yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia di persidangan antarabangsa;
  • Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan.

Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.