Carta Organisasi:
Bahagian Pengurusan Nilai

Hubungi Kami:
Bahagian Pengurusan Nilai
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 5, Setia Perdana 6, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel : 03-88725821
Faks : 03-88883637

Objektif

  • Melaksanakan Pengurusan Nilai (VM) di peringkat Kajian Nilai (Value Assessment - VA) bagi projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan bernilai RM50.0 juta dan ke atas
  • Meluluskan kelayakan ruang bangunan mengikut norma bagi projek RM5.0 juta hingga RM50.0 juta dan projek ubahsuai bangunan bernilai RM1.0 juta ke atas melalui Jawatankuasa Standard dan Kos (JSK)
  • Melaksanakan sistem Public Sector Comparator (PSC)
  • Memberikan khidmat nasihat dan ulasan dalam isu berkaitan bidang teknikal kepada MEA
  • Menggubal dan menambahbaik Pekeliling, Garis Panduan dan lain-lain yang berkaitan VM, JSK atau PSC
  • Menganggotai Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP) JPM dalam proses kelulusan penyewaan bangunan swasta (dari aspek kelayakan ruang)

Pengurusan Nilai

Pelaksanaan Pengurusan Nilai atau Value Management (VM) bertujuan untuk mengenal pasti dan menyedia pilihan serta mengeluarkan komponen serta kos yang tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan.

VM ditakrifkan sebagai pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan inovatif untuk mengkaji keperluan fungsi tertentu sesuatu program, reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek, fasiliti dan sistem bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos yang optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi program/projek tersebut.

Bagi memastikan perbelanjaan pelaksanaan program/projek mencapai nilai untuk wang (value for money), Kerajaan telah menetapkan supaya semua projek dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun bernilai RM50.0 juta dan ke atas perlu melalui proses pengurusan nilai.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mengambil satu langkah besar di dalam menjadikan VM sebagai alat perancangan program/projek bermula pada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dengan mengeluarkan Pekeliling UPE Bilangan 3 Tahun 2009 dan dikemaskini dalam Pekeliling UPE Bilangan 1 Tahun 2015 yang memerlukan semua program/projek bernilai RM50.0 juta melalui proses VM.

Proses pengurusan nilai melibatkan semua ‘stakeholders’ untuk menilai dan mencari alternatif dengan kos yang optimum tanpa menjejaskan objektif, fungsi dan kualiti projek.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut :

  • Melaksanakan proses pengurusan nilai ke atas program/projek bernilai RM50.0 juta dan ke atas;
  • Menyemak, mengkaji dan meluluskan cadangan teknikal dan kos sesuatu permohonan projek yang lengkap berasaskan pematuhan kepada Garis Panduan Jawatankuasa
  • Standard dan Kos dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penerimaan maklumat yang lengkap;
  • Menyemak, mengkaji dan meluluskan permohonan Notis Perubahan (Notice of Change) sesuatu projek yang lengkap dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan;
  • Mengemaskini dan menyediakan garis panduan serta mengedarkannya kepada Kementerian/Agensi Pelanggan setelah diluluskan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau pihak yang berkenaan;
  • Menyemak, memproses dan memberi kelulusan ke atas permohonan memasang alat penyaman udara yang lengkap dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penerimaan;
  • Menyemak, menilai dan memberi kelulusan ke atas permohonan yang lengkap untuk sewa ruang pejabat dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penerimaan; dan
  • Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pelanggan.