1. Perancangan Pembangunan Sosioekonomi
    • Menggubal dasar perancangan pembangunan sosioekonomi untuk jangka masa sederhana dan panjang pada peringkat nasional, wilayah dan negeri
    • Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan berperanan sebagai penasihat kepada Kerajaan berhubung hal ehwal sosioekonomi
    • Memperkukuh perancangan pembangunan inklusif termasuk memperkasa agenda Bumiputera
    • Menggubal dasar berkaitan tenaga iaitu minyak dan gas

  2. Pengagihan Sumber Peruntukan
    • Menentukan siling dan pengagihan peruntukan perbelanjaan pembangunan
    • Melaksanakan pengurusan nilai bagi projek pembangunan melebihi RM50 juta

  3. Pelaksanaan, Penyelarasan dan Pemantauan
    • Memantau kemajuan program nasional, inisiatif dan projek pembangunan
    • Melaksana, menyelaras dan memantau program serta projek UPE
    • Melaksana, menyelaras dan memantau pembangunan inklusif termasuk memperkasa agenda Bumiputera

  4. Pemudahcara Pihak Berkepentingan
    • Menjadi focal point bagi kerjasama antarabangsa dan pembangunan rentas sempadan
    • Menjadi urus setia kepada jawatankuasa perancangan dan pembangunan sosioekonomi peringkat nasional termasuk Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN)