-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

Kod Etika EPU

Pendahuluan

Untuk merealisasikan misi UPE menjadi pusat kecemerlangan dalam perancangan pembangunan ekonomi negara, etika kerja yang mantap merangkumi nilai-nilai luhur dan positif perlu diterap serta diamalkan oleh setiap warga UPE. Etika kerja tersebut diharap mampu melahirkan warga UPE yang bukan sahaja berakhlak serta berwibawa tetapi juga memiliki jati diri yang kental dalam menangani segala cabaran.

Penyediaan etika kerja ini juga adalah selaras dengan kehendak dan aspirasi:-

  • Arahan No. 1 YAB Perdana Menteri Tahun 1998;
  • Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia;
  • Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia; dan
  • Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.

 

Rasional dan Objektif Etika Kerja

a. Rasional   
Untuk menjadi warga UPE yang baik dan efektif, setiap warga mestilah:-

  • Memahami dan menghayati misi, slogan, objektif, fungsi dan struktur organisasi UPE;
  • Menerap serta mengamalkan nilai-nilai etika yang murni seperti yang diperakukan.
  • Merasa sayang serta bangga kepada UPE sebagai sebuah organisasi serta tempat berkhidmat.
  • Komited untuk menjadikan UPE sebagai sebuah organisasi yang cemerlang serta disegani; dan
  • Bersedia berkorban untuk mempertahankan UPE, menanamkan kesetiaan yang mendalam dan mengambil sikap mendahulukan kepentingan organisasi (UPE) daripada kepentingan peribadi.

b. Objektif

  • Menerap dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai yang luhur (murni) serta positif dan sekaligus membanteras perlakuan serta nilai-nilai yang tidak beretika di kalangan warga UPE dalam menjalankan tugas seharian untuk memastikan wujudnya ketahanan, keikhlasan, ketelusan serta kepuasan bekerja; dan
  • Meningkatkan disiplin diri, komitmen, kebolehan dan keupayaan semua warga UPE untuk menghasilkan kualiti kerja serta perkhidmatan yang cemerlang demi menjaga imej UPE khususnya dan negara umumnya.

titlebullet Etika Kerja UPE

Nilai-nilai Etika

Nilai-nilai etika yang diperakukan untuk diterap serta diamalkan oleh semua warga UPE terkandung dalam akronim 'UPE' itu sendiri iaitu:-

    U - UTUH
    P - PROFESIONAL 
    E - EFISIEN

Nota: Nilai utama etika ini juga boleh disesuaikan untuk akronim bahasa Inggeris iaitu 'EPU' di mana penyusunan ketiga-tiga nilai utama tersebut menjadi 'Efisien, Profesional dan Utuh'. Tidak ada ukuran atau susunan yang tetap kerana semua nilai tersebut sama penting dan saling berkaitan untuk membentuk rangkaian etika kerja UPE yang komprehensif lagi ideal.