-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

"... untuk mengintegrasikan globalisasi sepenuhnya ke dalam leksikon
harian negara ini ..."

Logo
EPU's logo

Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri akan menjadi pusat nadi negara. Dengan visi untuk mengintegrasikan globalisasi sepenuhnya ke dalam kamus harian negara ini, UPE akan memberikan tumpuan kepada perancangan dan melaksanakan strategi yang berjaya untuk mencapai visi Malaysia 2020. Dengan tercapainya visi ini, taraf hidup keseluruhan rakyat Malaysia akan bertambah baik, sumber akan dioptimumkan dan Malaysia akan dapat mengintegrasikan kewangan dan teknologinya di arena antarabangsa.

Logo UPE berasal daripada simbol epal yang merupakan lambang antarabangsa bagi kebijaksanaan atau ilmu. Struktur yang mudah dan gabungan warna berperingkat yang menarik menjadikan logo baru UPE mudah dikenali dan diingati. Idea yang diwarisi dalam rekabentuk ini dengan jelas melambangkan visi unit ini.

 

Simbol Penerangan
Symbol of Globalization
Bentuk asal ini berubah untuk melambangkan globalisasi.
Wireframe Symbol
Glob yang dibentuk daripada bingkai dawai, melambangkan rangkaian elemen yang kompleks, teratur dan padu yang berinteraksi dipelbagai peringkat untuk mencapai matlamat. Paksinya condong 45 darjah dari kiri ke kanan, memberikan gerakan ke atas yang bermaksud kemajuan, visi dan kekuatan. Garisan-garisan yang merentasi melambangkan otak, sama ada maya atau organik; tempat letaknya kuasa dan ilmu.
EPU type font
Tulisan yang digunakan telah direkabentuk untuk menunjukkan kaitan dalam satu rangkaian, melambangkan kekuatan, kerjasama, organisasi dan perpaduan.
Gray Color's Symbol
Warna dalam huruf 'E' and 'U' menandakan era teknologi.
Red Color's Symbol Warna dalam huruf 'P' diperolehi daripada buah (epal) rasa semulajadi.