-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

Hubungi Kami: 

Seksyen Pembangunan Bajet,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Aras 2, Blok B6,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725446
Faks : 03-88883768

Fungsi Utama

  • Merancang, menggubal serta menilai semula dasar dan strategi bajet pembangunan bagi memastikan dasar dan strategi tersebut selaras dengan dasar Rancangan Pembangunan;
  • Menilai dan mengkaji semula keberkesanan dasar dan strategi perancangan program dan projek bagi memastikan rancangan jangka panjang yang bersepadu dan terselaras dapat disediakan;
  • Menyelaras agihan siling peruntukan bajet pembangunan secara rolling plan bagi Rancangan Pembangunan Malaysia;
  • Memantau dan menilai status pelaksanaan program dan projek secara keseluruhan termasuk prestasi kewangan, fizikal dan  outcome;
  • Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan notis perubahan secara online daripada kementerian dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah menerima maklumat lengkap;
  • Mengenal pasti keperluan latihan perancangan program dan projek Kementerian dan agensi bagi membuat cadangan kandungan dan bentuk latihan yang sesuai;
  • Memberi khidmat nasihat kepada Kementerian dan agensi dalam aspek perancangan program dan projek, agihan bajet pembangunan serta pelaksanaan pendekatan berasaskan outcome; dan
  • Urusetia kepada Jawatankuasa Khas Pembangunan dan Kegunaan Tanah Kerajaan Persekutuan serta Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Piagam Pelanggan: 

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan professional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Menyelaras agihan siling peruntukan pembangunan bagi program dan projek secara rolling plan setiap tahun bagi Rancangan Pembangunan Malaysia;
  • Menyediakan garis panduan pemeriksaan bajet pembangunan bagi setiap Rancangan Pembangunan Malaysia;
  • Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan notis perubahan secara online daripada kementerian dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah menerima maklumat lengkap;
  • Menyediakan ulasan keatas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu;
  • Menyediakan maklumbalas kepada keputusan Jemaah Menteri, Majlis Ekonomi dan Y.B. Menteri dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh arahan;
  • Memberi khidmat nasihat secara professional dalam aspek perancangan program dan projek,agihan bajet pembangunan serta pelaksanaan pendekatan berasaskan outcome;
  • Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan mesra pelanggan.