-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

Hubungi Kami: 

Seksyen Pengurusan Nilai,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Aras 5, Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel : 03-88725821
Faks : 03-88883637

Fungsi Utama

  • Menyediakan perkhidmatan sokongan sebagai penasihat kejuruteraan dan teknikal dalam merancang, merekabentuk, anggaran kos dan pelaksanaan projek.
  • Sekretariat kepada  Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos dalam Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Nasional.
  • Mewujudkan kesedaran di kalangan jabatan/perunding untuk mendapatkan projek yang mempunyai keberkesanan kos, praktikal dan sejajar dengan keperluan.
  • Mengkaji dan menilai skop kerja projek yang diluluskan dari segi penggunaan bahan/ kemasan, keperluan ruang dan kadar yang digunakan bersesuaian dengan kategori bangunan.
  • Menyediakan garis panduan dalam prosedur penyerahan projek berasaskan pekeliling dan amalan kerajaan semasa.
  • Mengkaji dan meluluskan sewaan lantai seperti yang diperlukan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

Pengurusan Nilai

Pelaksanaan Pengurusan Nilai atau Value Management (VM) bertujuan untuk mengenal pasti, menyedia pilihan dan mengeluarkan komponen serta kos yang tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan.

VM ditakrifkan sebagai pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan inovatif untuk mengkaji keperluan fungsi sesuatu program, reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek, fasiliti dan sistem bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos yang optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi program/projek tersebut.

Bagi memastikan perbelanjaan pelaksanaan program/ projek mencapai nilai untuk wang (value for money), Kerajaan telah menetapkan supaya semua projek Rancangan Malaysia Kesepuluh bernilai RM50 juta dan ke atas perlu melalui proses pengurusan nilai.
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) telah mengambil satu langkah besar di dalam menjadikan VM sebagai salah satu alat perancangan program/projek Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan mengeluarkan Pekeliling UPE Bilangan 3 Tahun 2009 yang memerlukan semua projek bernilai RM50 juta melalui proses VM.

Proses pengurusan nilai ini melibatkan semua ‘stakeholders' untuk menilai dan mencari alternatif dengan kos yang optimum tanpa menjejas objektif, fungsi dan kualiti projek.

Kajian menunjukkan bahawa VM telah memberikan penjimatan dan faedah yang maksimum sekiranya dilaksanakan pada peringkat awal perancangan program/projek, di mana penetapan skop, fungsi dan kos sebenar projek dapat dimuktamadkan.

Halaman Berkaitan

Untuk melihat skop kerja, keahlian dan panduan yang digunakan untuk Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos, sila klik pautan Jawatankuasa Kecil Piawaian Dan Kos

Piagam Pelanggan: 

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:

  • Menyemak, mengkaji dan meluluskan cadangan teknikal dan kos sesuatu permohonan projek yang lengkap berasaskan pematuhan kepada Garis Panduan Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penerimaan;
  • Mengemaskini dan membuat garis panduan serta mengedarkannya kepada pihak pelanggan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos dalam masa dua (2) minggu;
  • Menyemak, memproses dan memberi kelulusan ke atas permohonan memasang alat pendingin udara yang lengkap dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penerimaan; dan
  • Menyemak, menilai dan memberi kelulusan ke atas permohonan yang lengkap untuk ruang pejabat dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penerimaan.
  • Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.