-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

SL1M

KELAYAKAN SYARIKAT:

  • Sebuah  syarikat  berdaftar  yang  mengambil  bahagian   dalam   SL1M   dan   telah   disahkan   oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).
  • Pihak syarikat perlu mengemukakan struktur program latihan sepanjang program SL1M bagi mendapatkan kelulusan  dari  pihak  UPE.

KELAYAKAN PROGRAM:

  • Program yang telah disahkan oleh UPE, di bawah SL1M.
  • Maksimum 2 bulan latihan kemahiran insaniah (Soft-Skills training) dan maksimum 10 bulan latihan industri (On-The-Job Training) yang disahkan oleh UPE, JPM.
  • Syarikat yang menyertai program adalah digalakkan untuk membantu graduan mendapatkan pekerjaan sebelum tamat program.

A) INSENTIF POTONGAN CUKAI BERGANDA UNTUK SYARIKAT

Tempoh Insentif yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

  • Tempoh  Permohonan                 : 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2020.
  • Tempoh Pelaksanaan Program   : Satu (1) tahun dari tarikh kelulusan oleh UPE, JPM.

Pelaksanaan Insentif

  • Potongan dua kali melalui kaedah Cukai Pendapatan.
  • Warta Kerajaan Persekutuan - P.U. (A) 260 dan P.U. (A) 53

Pendapatan yang dilepaskan oleh Kerajaan

  • Kos elaun bulanan minimum bagi setiap peserta adalah RM 1,000 ke atas selama tempoh latihan (maksimum 12 bulan).
  • * Perbelanjaan yang ditanggung untuk menyediakan latihan soft-skills kepada peserta.
  • ** Yuran yang dibayar kepada training providers untuk menjalankan program soft-skills bagi  meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran peserta.

Jumlah potongan cukai untuk keseluruhan kos latihan (II)* dan (III)** tidak boleh melebihi RM 5,000 setiap peserta bagi satu tahun taksiran.

B) INSENTIF HRDF-SL1M

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah memperkenalkan Skim Latihan Bakal Pekerja atau Future Workers Training Scheme (FWTS) pada tahun 2011 dalam usaha untuk membantu majikan berdaftar melatih bakal pekerja (pelatih) dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri.

Melalui skim ini, majikan berdaftar dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan dengan menggunapakai levi syarikat bagi membiayai latihan yang diadakan secara dalaman atau umum.

 

SL1M