-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

sl1m

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

LATAR BELAKANG

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Program ini diselia oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan penglibatan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana semua kos perbelanjaan bagi melatih para graduan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat. Bagi menghargai komitmen yang diberikan oleh pihak syarikat untuk melatih para graduan ini, Kerajaan telah menawarkan Insentif Potongan Cukai Berganda dan Insentif HRDF-SL1M.

KUMPULAN SASARAN

  1. Graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman.
  2. Graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Jangka masa bagi latihan adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.

STRUKTUR LATIHAN DAN MODUL

  1. Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:
    Latihan Kemahiran Insaniah - 2 Bulan
    (Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000)
    1. Komunikasi
    2. Kemahiran Berfikir, Menganalisa dan kreatif
    3. Penyesuaian Organisasi
    4. Nilai-nilai maju diri serta Profesional
    5. Etika Korporat, Pemakaian dan Adab

  2. Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda:
    Latihan di dalam kelas
    1. Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
    2. Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
    3. Pengurusan Kewangan
    4. Keusahawanan
    5. penguasaan Motivasi Diri
    6. Penguasaan Disiplin Diri
    7. Pemantapan Rohani dan Jasmani
    8. Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim

    Latihan di luar kelas
    1. Penerapan Semangat Berpasukan
    2. Aktiviti Pengurusan Acara/Majlis
    3. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
    4. Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
      • Tekwando
      • Aktiviti Berkawad
      • Sukan dan Kokurikulum Luar
    5. Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni

    6.  
  3. Kursus Pra-Pekerjaan - (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)
    (Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra-Pekerjaan – minimum RM 1,000)
  4. Penempatan Pekerjaan
    • Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir

Rasional Logo

logo SL1M

Konsep bentuk logo yang direka adalah ringkasan bagi Skim Latihan 1Malaysia iaitu SL1M yang akan dijalankan secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).  Gabungan logotaip  dengan lambang satu Malaysia mencerminkan imej moden dan ringkas berteraskan konsep 1Malaysia

Warna biru pada tulisan mencerminkan kemahiran dan kecemerlangan
Lambang 1Malaysia melambangkan kerjasama pelbagai pihak bagi menjayakan program.