-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

A) SL1M FASA 1

STATUS PROGRAM

Soalan 1 : Berapakah jumlah sasaran graduan untuk pengambilan SL1M Fasa 1?
Jawapan : Seramai 8,262 graduan yang telah diberi peluang untuk menyertai program  SL1M Fasa 1 dan jumlah ini diagihkan kepada setiap syarikat yang terlibat untuk tujuan membantu peserta program mendapatkan pekerjaan setelah 6 bulan bergraduat disamping meningkatkan kebolehpasaran melalui penyediaan soft skills training dan on-job-training.
     
Soalan 2 : Berapakah jumlah penglibatan syarikat yang menyertai SL1M Fasa 1?
Jawapan : Sebanyak 49 syarikat-syarikat GLC dan swasta telah menyertai program ini.
     
Soalan 3 : Berapakah jumlah peserta yang telah berjaya memperolehi pekerjaan?
 a) Diserap oleh syarikat yang terlibat dalam program; dan
 b) Mendapat tawaran pekerjaan dari syarikat-syarikat luar.
Jawapan :

Mengikut statistik dan status terkini peserta SL1M bahawa seramai 3,879 peserta telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh program dan daripada jumlah tersebut-

  1. seramai 43% peserta telah berjaya diserap kesyarikat-syarikat yang terlibat dalam program; dan
  2. seramai 57% peserta telah menerima tawaran pekerjaan dan menempatkan diri di syarikat-syarikat luar.
Soalan 4 : Berapakah jumlah peserta yang masih mencari pekerjaan selepas tamat program? Apakah usaha atau tindakan yang di ambil oleh pihak terlibat dalam membantu peserta tersebut mendapatkan pekerjaan?
Jawapan : Bilangan peserta yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh program adalah seramai 0.7% peserta. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dirangka untuk membantu sebilangan kecil ini bagi memperolehi pekerjaan seperti mengadakan kerjasama dengan Jobs Malaysia bagi menyuaipadankan peserta ke syarikat-syarikat yang mempunyai kekosongan jawatan dan termasuk kesyarikat-syarikat lain yang menyertai program SL1M.
     
Soalan 5 : Apakah faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut (rujuk soalan 4)?
Jawapan :

Beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada status peserta yang tidak memperolehi pekerjaan iaitu:

  1. Kegagalan peserta menguasai kemahiran bahasa Inggeris dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik;
  2. Kurang keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan dan malu untuk meminta tunjuk ajar dari rakan sekerja;
  3. Kelulusan yang diperolehi peserta tidak memenuhi kriteria jawatan yang diperlukan; dan
  4. Tiada professionalisme, kurang berbudi bahasa dan tidak menunjukkan daya saing untuk terus menjadi yang terbaik.
Soalan 6 : Berapakah bilangan peserta yang masih menjalani program SL1M?
Jawapan : Program SL1M masih lagi berjalan disesetengah syarikat swasta. Seramai 52.3% peserta masih lagi aktif menjalani on-job-training dan sedang dibantu meningkatkan kemahiran melalui tugasan, seminar dan kursus yang disediakan oleh syarikat masing-masing.
     

B) SL1M FASA 2

PELAKSANAAN PROGRAM

Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan program SL1M Fasa 2?
Jawapan : SL1M Fasa 2 merupakan kesinambungan program SL1M Fasa 1 yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 1 Jun 2011.
     
Soalan 2 : Berapa lama tempoh pelaksanaan program SL1M yang ditetapkan kepada setiap syarikat?
Jawapan : Tempoh pelaksanaan program SL1M adalah minimum 8 bulan dan maksimum selama 1 tahun.
     
Soalan 3 : Berapakah elaun yang akan diterima oleh peserta program?
Jawapan : Peserta program akan menerima elaun sekurang-kurangnya RM1,000 (minimum) dan elaun akan dibayar terus kepada peserta oleh syarikat-syarikat yang terlibat sepanjang tempoh latihan.
     

PESERTA PROGRAM

Soalan 1 : Berapakah jumlah graduan yang disasarkan untuk pengambilan SL1M Fasa 2?
Jawapan : Seramai 4,000 graduan telah disasarkan untuk pelaksanaan SL1M pada kali ini.
     
Soalan 2 : Apakah kriteria atau kelayakan peserta program?
Jawapan :

Graduan mestilah warganegara Malaysia dan tiada had umur yang ditetapkan untuk penyertaan SL1M Fasa 2. Terdapat 3 kriteria asas penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan peserta iaitu:

  • Graduan dengan kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara;
  • Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan; dan
  • Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima (underemployed).
Soalan 3 : Apakah pendekatan yang digunakan dalam proses pemilihan peserta program?
Jawapan : Sekretariat SL1M akan menjalankan sesi temuduga ke seluruh negeri di Malaysia bagi memastikan graduan yang masih menganggur menepati syarat program SL1M dan tumpuan lebih diberikan kepada para graduan dari keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan pedalaman.
     
Soalan 4 : Bagaimana cara untuk menyertai program SL1M?
Jawapan :

Graduan boleh melayari laman sesawang (website) Unit Perancang Ekonomi (EPU) di www.epu.gov.my dan membuat permohonan melalui borang yang disediakan. Semua boring dan salinan sijil yang berkenaan hendaklah diposkan ke Sekretariat SL1M, EPU.
Berikut adalah senarai salinan sijil yang perlu dilengkapkan oleh peserta program sebelum dihantar ke Sekretariat SL1M di EPU:

  1. Borang Pendaftaran Peserta;
  2. Biodata Diri (Resume);
  3. Salinan Kad Pengenalan;
  4. Ijazah Sarjana Muda;
  5. SPM;
  6. PMR;
  7. UPSR;
  8. Sijil Ko-kurikulum;
  9. Sijil Professional / Kemahiran dan sebagainya; dan
  10. Penyata Pendapatan Ibu bapa/Surat Akuan Pengesahan Pendapatan (sekiranya tidak mempunyai penyata gaji atau penyata pencen dan perlu pengesahan dari Ahli Parlimen / ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengarah Institusi / Pengetua / Guru Besar).
     
STRUKTUR LATIHAN – SOFT SKILLS TRAINING & ON-JOB-TRAINING
     
Soalan 5 : Apakah struktur latihan yang ditetapkan kepada setiap syarikat yang menyertai program SL1M?
Jawapan : Peserta perlu menjalani sekurang-kurangnya 2 bulan soft skills training dan 6 bulan on-job-training di setiap syarikat yang terlibat. Peserta akan dibantu oleh syarikat untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir.
     
Soalan 6 : Apakah modul latihan yang disediakan sepanjang tempoh latihan?
Jawapan :

Terdapat 5 komponen utama yang perlu diberi penekanan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan daya saing yang tinggi di kalangan graduan serta menjadi pekerja yang lebih kompeten dan berkeyakinan iaitu:

  1. Communication;
  2. Creative & Analytical Thinking;
  3. Organisational Adaptability;
  4. Value Driven Professional; and
  5. Grooming & Etiquette.
Soalan 7 : Apakah modul latihan tambahan lain yang boleh disediakan oleh syarikat?
Jawapan :

Modul latihan tambahan yang boleh disediakan oleh syarikat kepada peserta program adalah seperti dibawah:

Latihan Dalam Kelas:

  1. English for Business Communication;
  2. English Language Proficiency;
  3. Financial Management;
  4. Entrepreneurship;
  5. Self-Motivation Drive;
  6. Self-Discipline;
  7. Physical & Spiritual Enhancement; and
  8. Interpersonal Relationships.

Latihan/Aktiviti Luar Kelas:

  1. Team Building;
  2. Event Management Activities;
  3. CSR Projects;
  4. Physical Exercise & Discipline Building; and
    1. Taekwondo;
    2. Marching;
    3. Sports; and others
  5. Religious, Spiritual & Moral Values Enhancement

Adalah diharapkan dengan penekanan yang lebih dalam membina jati diri (good attributes and correct mind set) para peserta maka akan membangkitkan kesedaran dan motivasi mereka untuk mendapatkan pekerjaan dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

     
Soalan 8 : Melalui program latihan soft skills training dan on-job-training yang disediakan, apakah kebaikan dan manfaat yang diperolehi oleh peserta program?
Jawapan : Tujuan utama pelaksanaan program soft skills training ini untuk membuka peluang kepada graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik serta memenuhi dan memantapkan lagi kualiti seorang pekerja seperti yang diperlukan oleh sesebuah syarikat. Sementara itu, on-job-training pula akan mendedahkan graduan-graduan ini kepada tugasan operasi sebenar yang perlu dilaksanakan dengan baik untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh setiap syarikat yang terlibat. Ini seterusnya akan meningkatkan keyakinan diri, pembangunan sahsiah dan membantu meningkatkan kebolehpasaran para graduan untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran tenaga kerja negara.
     

SYARIKAT

Soalan 1 : Apakah syarat penyertaan syarikat untuk menyertai program SL1M?
Jawapan : Penyertaan syarikat adalah terbuka kepada semua syarikat berdaftar dan bersedia melaksanakan program SL1M Fasa 2 secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Setiap syarikat perlu membentangkan pelan pelaksanaan latihan soft skills training dan on-job-training untuk peserta SL1M termasuk program mendapatkan pekerjaan bagi setiap peserta graduan.
     
Soalan 2 : Berapakah bilangan pengambilan peserta program untuk setiap syarikat yang terlibat?
Jawapan : Pengambilan peserta program adalah tertakluk kepada kemampuan setiap syarikat dalam penyediaan soft skills training dan on-job-training.
     

PEMBERIAN INSENTIF CUKAI

Soalan 1 : Program SL1M Fasa 2  merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), apakah modus operandi utama dalam menggalakkan syarikat untuk menyertai program ini?
Jawapan : Untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan syarikat di setiap pelosok negeri, syarikat sedia ada dan syarikat–syarikat lain tidak kira syarikat besar mahupun syarikat kecil diberi insentif cukai seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau di majlis Invest Malaysia 2012 pada 29 Mei 2012.
     
Soalan 2 : Adakah dengan pemberian insentif cukai ini dapat meningkatkan penglibatan syarikat untuk menyertai program SL1M?
Jawapan : Disamping pemberian insentif cukai ini, objektif utama pelaksanaan program SL1M Fasa 2 harus diberikan penekanan lebih kepada syarikat agar bagi membantu lebih banyak graduan miskin dan terpinggir mendapatkan pekerjaan secara CSR.
     
Soalan 3 : Apakah faedah yang diterima oleh syarikat melalui pemberian insentif ini?
Jawapan :

Faedah yang diterima oleh syarikat adalah melalui insentif Potongan Cukai Berganda atau Double Tax Deduction. Dengan inisyarikat boleh menuntut pemotongan terhadap beberapa perbelanjaan yang diluluskan seperti :

  1. kos pemberian elaun minimum RM1,000 selama maksimum 1 tahun bagi setiap peserta;
  2. perbelanjaan yang ditanggung untuk menyediakan latihan kepada peserta; dan
  3. yuran yang dibayar kepada seseorang yang telah dilantik untuk menjalankan program kelas latihan soft-skills bagi meningkatkan kebolehpasaran peserta seperti yang diluluskan oleh pihak EPU.

Jumlah potongan cukai untuk keseluruhan kos latihan (ii) dan (iii) tidak boleh melebihi RM5,000 bagi setiap peserta bagi satu tahun taksiran.

     
Soalan 4 : Apakah terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat untuk melayakkan mereka mendapatkan insentif ini?
Jawapan :

Terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat seperti berikut:

Kumpulan sasaran:

  1. Graduan yang tidak bekerja; dan
  2. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima.

Kelayakan Syarikat - ertinya sebuah syarikat yang mengambil bahagian dalam skim latihan dan disahkan/diluluskan oleh EPU.

Kelayakan Program - ertinya program latihan yang disahkan/diluluskan oleh EPU (di bawah Skim Latihan 1Malaysia).


Peserta program:

  • Graduan mestilah Warganegara Malaysia;
  • Graduan dengan kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara; dan
  • Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat atau 6 bulan selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan.

Selain itu, pihak syarikat juga perlu mengemukakan bukti pengesahan penubuhan syarikat dan struktur program latihan sepanjang program bagi mendapatkan kelulusan dari pihak EPU dan melayakkan Potongan Cukai Berganda.

Berikut adalah dokumen-dokumen dan salinan sijil yang perlu dihantar oleh syarikat ke Sekretariat SL1M di EPU:


Syarikat:

  1. Profail Syarikat;
  2. Registrar of Company (ROC); dan
  3. Pendaftaran Sijil Kementerian Kewangan (MOF).

Program Latihan - syarikat perlu menyediakan:

  1. Struktur dan Pelan Pelaksanaan Program SL1M 2012;
  2. Bilangan peserta yang menjalani program latihan;
  3. Penyedia Latihan (trainer) yang bertauliah; dan
  4. Modul Latihan untuk sepanjang tempoh program;
Soalan 5 : Berapa lama tempoh permohonan kelulusan Potongan Cukai Berganda diberikan kepada pihak syarikat?
Jawapan : Tempoh permohonan bagi kelulusan Potongan Cukai Berganda diberikan kepada pihak syarikat bermula dari 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2016 selepas mendapat pengesahan dan kelulusan dari pihak EPU.
     
Soalan 6 : Berapa lama tempoh dan jangka masa pelaksanaan insentif kepada pihak syarikat selepas mendapat kelulusan dari pihak EPU?
Jawapan : Tempoh dan jangka masa yang diberikan kepada pihak syarikat untuk Potongan Cukai Berganda adalah selama 5 tahun berkuatkuasa dari tarikh kelulusan.
     

LAIN-LAIN

Soalan 1 : Adakah program SL1M akan diteruskan pada masa hadapan sekiranya program ini mampu memberikan rangsangan hebat kepada pihak syarikat dalam usaha menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran graduan di Malaysia?
Jawapan : Jika keputusan positif dan komitmen serta sokongan terus diberikan oleh syarikat terhadap program SL1M ini dan dilihat mampu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan, berkemungkinan besar program ini akan diteruskan demi membantu para graduan untuk mendapatkan pekerjaan.
     
Soalan 2 : Bridging Programme untuk graduan ini adalah pelaburan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dan swasta untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan. Apakah langkah terbaik yang diambil oleh pihak EPU untuk memastikan penglibatan graduan dan syarikat di seluruh Malaysia dalam program SL1M?
Jawapan : Pihak EPU dan JobsMalaysia sedang merancang untuk mengadakan SL1M Nationwide Outreach Programme di setiap negeri di Malaysia untuk memaklumkan kepada semua pihak tentang kepentingan dan faedah program ini sekaligus kebaikan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat dan para graduan.
     

KEMUSYKILAN DAN SEBARANG ISU BERBANGKIT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan program SL1M bolehlah hubungi pihak Sekretariat :
Laman Web : www.epu.gov.my/sl1m
Emel : sl1m@epu.gov.my
Telefon : 03-8872 3387 / 3390 / 3393 / 5337
Faks : 03 - 8888 3857
Facebook : Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)