-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) telah ditubuhkan dan memulakan operasinya pada 1 September 2009.
EKUINAS adalah sebuah syarikat berkaitan Kerajaan yang mengendalikan pengurusan dana ekuiti persendirian, dengan matlamat untuk menggalakkan pegangan ekuiti dan penglibatan Bumiputera di dalam sektor ekonomi berdaya saing tinggi melalui penubuhan syarikat-syarikat peneraju generasi baru di Malaysia.
Kerajaan telah menyalurkan dana permulaan sebanyak RM500 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-9 bagi tahun pertama EKUINAS dan memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM4.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015) untuk tujuan pelaburan.
EKUINAS memperolehi peruntukan daripada dana yang disatukan, iaitu Peruntukan Kerajaan Persekutuan yang merupakan sumber utama bagi program Pelaburan Langsung yang dijalankan oleh Ekuinas. Syarikat juga telah menubuhkan satu program Penyumberan Luar di mana firma-firma ekuiti persendirian lain dilantik untuk melabur bersama-sama Ekuinas dan firma-firma tersebut perlu menyediakan 20% daripada jumlah dana yang disediakan.
Ekuinas ialah sebuah anak syarikat milik penuh Yayasan Ekuiti Nasional (YEN), iaitu sebuah tabung amanah dengan mandat untuk meningkatkan dan mengembangkan penyertaan ekonomi Bumiputera secara saksama. Lembaga Pemegang Amanah YEN terdiri daripada YAB Dato' Sri Hj. Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri; YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Y.B. Senator Dato' Seri Abdul Wahid Bin Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Y.B. Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Y.B. Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan (II); Y. Bhg. Dato' Dr Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan; dan Y.Bhg Dato' Rahamat Bivi Binti Yusoff; Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Kerajaan dalam proses menyediakan satu model baru ekonomi secara menyeluruh bagi menghadapi perkembangan global dan cabaran masa depan. Kelonggaran garis panduan pelaburan dan penubuhan EKUINAS merupakan sebahagian daripada model baru ekonomi tersebut. Ianya dirangka bagi menangani isu pengagihan dan memastikan pencapaian matlamat pertumbuhan yang tinggi serta penyertaan Bumiputera secara berkesan, dalam konteks persekitaran yang mesra pasaran serta meritokrasi.
PNB dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs) lain seperti Khazanah, Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk membuat pelaburan di dalam syarikat-syarikat besar, matang dan merupakan peneraju pasaran manakala EKUINAS dimandatkan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat tempatan sedia-ada bersaiz sederhana yang mempunyai potensi tinggi untuk berkembang lebih maju dan menjadi peneraju pasaran di masa akan datang.
EKUINAS mempertimbangkan cadangan pelaburan dari semua sektor dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, tumpuan Ekuinas diberikan kepada enam (6) sektor tumpuan iaitu Minyak & Gas, Pendidikan, Barangan Pengguna Laris (FMCG), Peruncitan & Percutian, Penjagaan Kesihatan dan Perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut mengenai Ekuinas, sila layari laman sesawang http://www.ekuinas.com.my