-A A +A
  • Black/White
  • White/Black
  • Yellow/Blue
  • Standard

Current Style: Standard

You are here

Statistik Sosio – Ekonomi  mengandungi  empat sub topik  utama yang mengandungi maklumat berkenaan dengan perihal Ekonomi dari segi statistik dan sebagainya. Empat sub topik tersebut ialah, Ekonomi Malaysia Dalam Angka, Petunjuk Ekonomi Terkini, Statistik Ekonomi dan Jaringan Keselamatan Sosial.

The Malaysian Economy In Figures menyediakan maklumat mengenai pembangunan Ekonomi Malaysia. Ia juga berguna kepada pelabur-pelabur asing dan ahli perniagaan. Data statistik ini diperolehi daripada Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Jabatan Statistik dan Bank Negara Malaysia dan lain-lain.

Manakala Petunjuk Ekonomi Terkini adalah statistik mengenai ekonomi dan ianya lebih merujuk kepada penggunaan, pelaburan dan pengeluaran serta sektor luaran.  

Penerbitan Statistik Ekonomi Secara Berkala  pula menyediakan koleksi perangkaan-perangkaan Ekonomi di Malaysia. Ia juga boleh dijadikan bahan dalam penyelidikan ekonomi.

Pendapatan & Kemiskinan Isi Rumah merupakan salah satu kajian dilakukan oleh Jabatan Perangkaan, Malaysia.

Jaringan Keselamatan Sosial adalah perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan atau negeri seperti Kebajikan, Penjagaan Kesihatan dan sebagainya bagi mengenalpasti golongan tertentu untuk diberi bantuan.