Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) merupakan salah satu penyiasatan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Penyiasatan ini dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 1973 dan seterusnya dijalankan pada kekerapan dua kali setiap lima tahun, iaitu dua penyiasatan dalam setiap tempoh Rancangan Pembangunan Malaysia. Objektif utama HIS adalah untuk mengukur kesejahteraan ekonomi penduduk; mengumpul maklumat mengenai pola taburan pendapatan isi rumah mengikut pelbagai ciri sosio ekonomi dan menyediakan data asas bagi pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Statistik pendapatan dan kemiskinan isi rumah digunakan bagi penggubalan dasar dan pelan pembangunan terutama untuk strategi serta program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan. Statistik yang disediakan dirujuk daripada Penyiasatan Selepas Banci, Banci Pertanian, Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan kompilasi statistik.

Statistik Siri Masa Pengagihan Pendapatan Isi Rumah, Kemiskinan dan Perbelanjaan Isi Rumah, 1970-2019

Pendapatan Isi Rumah
Jadual 1- Bilangan isi rumah mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1995-2019
Jadual 2 - Taburan peratus isi rumah mengikut kelas pendapatan, Malaysia, 1970-2019
Jadual 3 - Pendapatan isi rumah kasar bulanan purata mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1970-2019
Jadual 4 - Pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1970-2019
Jadual 5 - Agihan pendapatan kumpulan isi rumah mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia, 1970-2019
Jadual 6 - Pendapatan isi rumah kasar bulanan purata kumpulan isi rumah mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia, 1970-2019
Jadual 7 - Pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah kumpulan isi rumah mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia, 1974-2019
Kemiskinan
Jadual 8 - Insiden kemiskinan mutlak mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1970-2019
Jadual 9 - Insiden kemiskinan relatif mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1995-2019
Jadual 10 - Insiden kemiskinan tegar mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1984-2014
Jadual 11 - Pekali gini mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1970-2019
Perbelanjaan Isi Rumah
Jadual 1 - Perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan penengah dan purata mengikut negeri, Malaysia, 2004-2019
Jadual 2 - Perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata, Malaysia, 1993-2019
Jadual 3 - Peratusan perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata, Malaysia, 1993-2019

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai data di atas, sila hubungi :

Bahagian Pembangunan Ekuiti,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 5, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya